Thursday, May 21, 2009

Budak 5 Wibawa..

Hm..macam-macam hal.Budak-budak kelas aku semuanya pelik-pelik.Seorang macam tu,seorang lagi macam ni..haish..Sebenarnya,aku nak cerita fasal seorang budak kelas aku.Tak payahlah tahu kan??Kalau sesiapa tahu pun tak apalah.Sekadar untuk memenuhi blog sahaja.Huhu..Minggu ni dah masuk minggu kedua aku menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.


Walaupun budak-budak kelas aku nakal semuanya,boleh kata semualah..tapi mereka tetap baik.Tak adalah sampai tahap yang boleh dikatakan jahat.Buktinya??Cikgu ramai sayang kelas kami.Haha..Jangan cemburu,ya!!Hehhe..Mereka semua aku tengok macam budak-budak yang tak matang.Tak macam 17 tahun.Kalau aku cerita pun tak habis.Perangai mereka memang comel sangat.Bagi akulah..Tapi,tak adalah semua.Adalah 1/5 kot yang matang.Haha!!

Hm..Dalam kemesraan kelas kami,adalah seorang yang nak jadi wakil 'kambing hitam'.Adalah seorang budak kelas aku yang..aku pun tak tahu nak terangkan macam mana.Yang aku tahu,dia tu hipokrit yang amat sangat.Melampau.Memang aku tak patut marah,bukan aku yang kena.Tapi siapa yang tak marah bila orang fitnah kita benda yang tak betul?Teruk pula tu.Kawan aku difitnah teruk.Teruk yang melampau-lampau.Adalah sesuatu yang budak tu sebarkan pada orang.Nasib baik kawan aku tu jenis yang 'cool' dan tak berapa nak layan.Kalau aku kena,huh..apalah jadi kat budak tu agaknya.

Sebenarnya,aku pun terkena juga dengan mulut lancang dia tu.Huh..mula-mula tu rasa terkejut sangat.Tapi,tak adalah sampai membuatkan aku marah.Hm..cuba bayangkan.Sakit hati tak kalau orang yang kita sangka dia baik dan tiba-tiba kita tahu dia macam tu?Pembawa cerita buruk tentang orang lain??Dah tu kita penat-penat dengar cerita dan masalah dia,bila di belakang kita,dia bercerita pada orang lain tentang diri kita pula.Hm..apa motif dia pun aku tak tahulah.Rasa macam membazir masa aku saja dengar masalah dia.Huh..tak guna betul!!

0 komentar: