Wednesday, April 15, 2009

Ujian darah..

Hari ni di sekolah ada aktiviti anjuran Yayasan Jantung Malaysia.Aktiviti yang dikatakan termasuklah ujian untuk kolesterol,gula dalam darah,tinggi,berat,darah tinggi ke..darah rendah ke..BMI cukup ke tak..semua tulah.Semua macam takut-takut saja.Bukan apa,takut sakit kena jarum.Hihi..Tak kena bayar pun.'Free'..Kalau cikgu kena bayar tau.Untung kan??Hehe..


Aku pun kena juga tadi.Sekarang pun jari aku masih bengkak akibat tusukan jarum tu.Err..memang agak sakitlah.Terkejut aku masa 'nurse' tu tekan..entah apalah benda tu.Macam kena kejutan elektrik.Huhu..Pada masa tu,aku tengok semua benda yang 'nurse' tu buat pada jariku.Dia tekan jari aku untk keluarkan darah bagi mengesan jumlah kolesterol dalam badan.Mana boleh buat apa-apa,tengok sajalah.Sebelum tu,tinggi aku dah diukur.Hehe..142 cm saja.

Kemudian,aku pergi ke bahagian dua pula.Proses timbang berat dan ukur lilit pinggang dan punggung.Entah aku pun tak tahu untuk apa dia ukur-ukur tu.Sebelum proses ni,aku rasa pening sangat.Rasa macam tak nampak orang dah.Berpinar-pinar saja.Huh..tak tahan betul rasanya.Seksa..Aku dengar orang bercakap di belakang aku,menyebut-nyebut nama aku.Rasa macam mimpi.Oh,suara budak-budak kelas aku rupanya.Dan aku mendengar suara seorang wanita cina seperti dalam kelam-kabut.Daripada pendengaranku,suasana agak kecoh.Kenapa ya?Tiba-tiba aku rasa badan aku seperti diangkat orang.Aku membuka mata.Siapa yang kacau aku tidur?Buka saja mata,aku terkejut semua orang mengelilingi aku.Aku terpinga-pinga sebentar.Aku memandang wanita cina di hadapanku dan dia menyuruhku menenangkan diri.

Dalam hati aku..ya Allah,malunya aku!!Malu sebab aku pengsan di atas lantai di tengah-tengah orang ramai.Ya Allah..Disebabkan terlampau malu,aku nak bangun.Tapi,ditegah oleh wanita cina tadi.Terpaksalah aku baring di tengah-tengah orang tu.Tutup mukalah aku fasal malu.Tak lama lepas tu aku dibenarkan bangun dan diberi segelas air.Kawan-kawan aku ramai yang tanya aku okey ke tidak.Hm..Aku tak dapat bayangkan macam mana rupa aku masa pengsan tadi.Orang kata aku tak boleh tengok darah.Mungkin..Sebab ibu aku pun macam tu juga.Tapi,aku memang betul-betul tak tahu yang aku ada penyakit begini.Huhhu..Kawan aku kata muka aku pucat sangat.Murnirah risau sangat sampai rasa nak menangis dia kata.Apapun,'thanks' sebab risaukan aku.Ada kawan aku cakap,aku tiba-tiba saja jatuh daripada kerusi yang aku duduk.Hm..macam-macamlah aku ni..

Selepas tu,aku jalani ujian yang kedua tadi.Kemudian,uji tekanan darah dan yang terakhir ialah kaunseling.Fasal kaunseling tu aku tak ada banyak masalah pun.BMI aku kurang 0.5..Berat aku kurang..36.2 kg,kena tambah 1 kg lagi.Tapi,kakak tu cakap tak apalah.Dh okey..tak payah tambah berat pun..Yang lain semuanya okey..

0 komentar: