Sunday, April 26, 2009

PWTC

'First time' aku pergi sana.Huh..Memang seronok sangat.Banyak buku-buku yang aku minat.Harap tak cukup duit saja.Kalau tidak memang aku dah rembat semua.Huhu..Yang bencinya,tak dapat dinafikan ramai tahap gilalah orang dekat situ.Terpaksa berhimpit-himpit,berasak-asak..Huh..Penat betul berjalan satu pusat tu.Angah memang tak boleh tahan dengan keadaan macam tu.Dia kata,sumpah lepas ni tak nak pergi lagi dah.Hahha!!'At last' aku menjelajah seorang diri ke tingkat atas.Angah hanya menunggu saja di ruang rehat.Penat katanya..


Apabila ke tingkat atas,aku dapat jumpa macam-macam buku yang bagus.Tapi sayang aku dah beli di bahagian bawah tadi.Sebab geram,aku belilah juga.Hahaha..Hm..Di situ jugalah aku berjumpa penulis novel KarnaDya,Ikmal Suria.Lepas tu,ada pula Zint,pelukis komik yang hebat tu.Dapatlah juga tandatangannya.Siap dilukis lagi gambar kartun pada komik yang aku beli.Ya Allah,hanya Tuhan yang tahu betapa seksanya aku semasa berasak-asak untuk dapatkan tandatangan dia.Hm..Sebenarnya taklah nak sangat.Tapi,alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lenganlah kan??Hahha!!

0 komentar: