Sunday, April 5, 2009

Haish..Macam-macamlah..

Ish..Letih sangat kebelakangan ni.Ergh..pengetua sekolah aku nak 'check' semua buku latihan dan nota.Memang letih sangat..Tak tahu nak cakap macam mana lagi.Huh..Nota Sejarah aku belum habis buat bab dua tapi,sekarang ni aku terpaksa cepat siapkan sampai bab empat!Gila!!Dahlah banyak.Lepas tu,nota Agama lagi..Errgh!!Pening..pening..Aku lagi rela tak sekolah kalau macam ni..Teruk!


Semalam bengang betullah.Aku beli satu blaus putih ni.Ya Allah..macam manalah aku boleh buat kesilapan yang besar macam ni.Inilah kali pertama aku buat keputusan yang pelik.Bayangkan mula-mula aku berkenan dekat baju lain.Lepas tu,aku pergi beli baju lain.Tak ke bodoh tu?Ergh..Entah apa-apalah.Menangis tak berlagulah aku semalam.Dahlah harga baju tu tak padan dengan dia.Mahal!Mula-mula aku bengang tahap gila dan hampir-hampir bagi pada adik aku.Tapi,bila difikirkan balik baik aku pakai saja.Hangus duit aku beli tak pakai.Huh..Nilah baju tu..Memanglah comel kalau tak aku tak beli pun.

Aku dah belajar satu lagi benda yang berharga dalam hidup.Ibuku tanya sama ada kasih sayang atau harta lebih penting.Erm..Aku terdiam dan hanya memandang ibu.Sebenarnya,bagi aku kedua-duanya penting.Iyalah..cuba bayangkan kalau kita tak ada duit tak adalah tempat tinggal dan keperluan.Termasuklah tiada keperluan untuk orang yang kita sayang.Kan??Dan..kasih sayang pun penting juga sebab dengan kasih sayang hidup akan bahagia.Jadi,kedua-duanya berkaitan.Aku pun jawab jawapan tadi.Ibu hanya tersenyum dan menceritakan perkara sebenarnya padaku..

Kawan ibuku bertanyakan pada ibu yang mana lagi penting antara kedua-duanya tadi.Soalan ini timbul sebelum ayah ke Riyadh.Ibu hanya katakan kedua-duanya penting.Tetapi,yang paling penting ialah kerana agama.
Aku bertanya mengapa..
Ibu cakap,kita hidup bukan untuk mengumpul harta.
Dan aku tertanya-tanya perkara lain di kotak fikiran.Tapi,tak terlintas.
Kemudian,ibu bertanya kita nak duit untuk hidup senang kan?Aku mengangguk.Jadi,senangkah kita jika hutang bertimbun?Dahiku berkerut berfikir.Hutang bertimbun?Dan ibu menjawab,kalau kita beli kereta.Hutang mestilah bertambah.Sebabnya,hutang yang lama belum habis dah beli yang baru.Okey..Aku dah faham sekarang!Maksud ibu,ayah ke sana untuk langsaikan semua hutang.Hm..Betul juga ya.Dah habis hutang baru boleh hidup senang.Huhu..

0 komentar: