Wednesday, March 25, 2009

Ujian kali ni teruk!

Isnin..aku dapat kertas BM,BI,LK,Matematik,Fizik dan Kimia.Macam biasa,Kimia dan Fizik aku teruk.Hehe..gagal lagi!Bm pun teruk juga.53%..Tahu tak?BM kelas kami 54% paling tinggi.Huh..nampak sangat susah.Setakat ni,Bi paling tinggi.65%..Haha!!Senanglah fasal boleh hentam.Tak ada 'essay'.Huhu..Matematik aku pula antara paling rendah dalam kelas..60%.Wah,pandai juga bebudak kelas aku.60% paling rendah.Malu betul aku..


Sekarang,yang aku paling tak boleh terima LK aku.Dahlah turun teruk.Daripada A ke C..Wah,sedih sangat-sangat.Lemah betul aku kalau LK tak lepas.Sayangnya,semua aku buat betul cuma masa tak cukup menyebabkan aku tak buat satu soalan terakhir.Wargh..!Tak puas hati betul.Masa aku dapat kertas tu,rasa memang nak menangis.Tapi,nasib baik aku boleh sabar lagi.Sebab tu air mata tak keluar.Hahha..Hish,tak boleh!Aku kena pantaskan diri buat kerja LK.Kalau macam nilah aku,macam mana nak ambil SPM nanti?Hm..

Hari ni aku terpaksa ponteng sekolah sebab mulut aku sakit.Dahlah ada 'presentation' hari ni.Wargh,maaflah ya 'my group'..Aku tak tahan lagi.Tak sanggup aku nak pergi sekolah dengan tisu di tangan.Lagipun,kalau aku tak tutup bibir aku dengan tisu,nanti mungkin orang akan pandang pelik dekat aku.Err..Lebih baik mereka pandang pelik pada tisu tu daripada pelik pada bibir aku.Huwa..Semalam dah okey.Tapi hari ni aku kena gosok gigi.Wajib.Fasal tulah bibir aku jadi pelik semula.Sebab kena ubat gigi.Aku tak reti nak ceritakan macam mana.Ibu cakap,petang baru boleh pergi klinik.Huhu..

Petang tu aku pergi klinik.Pergi sana kena berdepan dengan 'physician'.Entah kerja apalah tu.Tunggu punya tunggu,jururawat pun panggil.Ibu dan aku pun masuk.Doktor tu hanya memandang aku dengan muka slamber.Aku terkejut tengok muka doktor tu seiras Iqram Dinzly.Hensem wo!!Nasib baik dia dah tua.Tak tergugat pun..Hahha!!Kalau muda dah angau agaknya aku balik rumah.Hehehe..Teruk betullah kan??

0 komentar: