Thursday, January 1, 2009

Tahun 2009..


Selamat tahun baru aku ucapkan kepada sesiapa saja yang sudi membaca blog tentang aku yang tak seberapa ni.Haha..

Tahun ini aku berazam untuk lulus semua matapelajaran tak kira ujian ataupun peperiksaan.Tak apalah tak 11A1 pun.Janji semua lulus.Tapi,aku bertekad SPM aku tak boleh kurang 6A.Okay..Nampaknya aku kena 'study' lebih kali ini memandangkan tahun ni tahun akhir aku bersekolah.Hm..Lebih-lebih lagi Matematik Tambahan,Fizik dan Kimia.MT dan Kimia tak apa sebab aku boleh mengadap buku tu.Tapi,Fizik tu kena ada semangat yang bergandalah untuk mencipta minat pada bukunya.Pening aku nak baca.Belum baca lagi dah rasa nak tidur.Huhu..Tak minatlah katakan.Hm..kalau boleh aku nak tahun ni adalah tahun yang paling semangat aku belajar.Papan jadual dah siap cuma tunggu masa nak disusun jadualnya saja lagi.Sebabnya,nanti aku dah masuk sekolah sudah tentulah ada hari yang aku balik lewat kerana ada kelas Bahasa Arab Tinggi.

0 komentar: