Wednesday, January 28, 2009

Empat hari balik kampung...


Tak puas pula rasanya!!!Huhu..Nasib baik hari ni tak sekolah.Kami semua budak-budak SMKSI cuti seminggu.Biasalah tu,ramai budak cina.Err..tak tahu nak cerita apa.Cuma banyak juga masalah sepupu-sepupu aku yang aku baru tahu.Awar dengan Kay dah masuk kelas Sains Fizik.Kiranya sekolah mereka tu tak berapa tinggilah PMRnya sebab sekolah aku,5A pun dah tak boleh masuk Sains Tulen.Agak pelik bagi aku.Hm..

Oh,lupa!Sebelum aku balik ke kampung,dua kereta jiran sebelah rumah aku dipecah orang.Sebenarnya malam tu aku ada terdengar bunyi kaca pecah semasa aku buat 'assignment' folio Fizik aku.Tapi,disebabkan aku terlampau takut dan cuak,aku terus tutup laptop dan masuk tidur.Manalah tahu kalau-kalau ada orang pecah masuk rumah aku ke?Hish..takut aku.Esoknya,barulah aku tahu perkara sebenar yang berlaku.Aduh,menyesal pula aku tak bagitahu ayah malam tu.Erm,nak buat macam mana kan?Benda dah berlalu.

Di kampung,aku selalu tengok sepupu-sepupu kecil aku bermain.Kadang-kadang rasa kelakar pun ada juga.Hihi..Teringat pula zaman kecil aku dulu-dulu.Serupa saja main lat-tali-lat tu.Hahaha!!Main nyorok-nyorok la,main mak-mak la..Huhuhu..Rindunya!!Tapi,mana boleh ulang.Sekarang aku dah nak habis sekolah dah pun,dah besar.Hm..Masa dulu masih tak tahu-menahu lagi tentang hidup.Tapi,sekarang boleh kata semuanya sudah pun aku tahu.Itulah lumrah namanya.

Ni yang paling seronok.Erm,Pok Ba awal-awal lagi dah cakap nak suruh aku buat manik atas baju pengantin di butiknya.Nampaknya aku duduk di rumah nanti tak adalah goyang kaki saja.Ada juga benda yang boleh dibuat.Alhamdulillah ya Allah kerana memberikan aku kelebihan dan kekurangan.Aku sedar hanya Engkau yang maha sempurna.Hm,cuti ni pun dah ada orang yang tempah manik.Aku dah bertekad lepas SPM saja,aku nak pergi kursus jahitan terutamanya baju pengantin.Aku takkan lepaskan peluang ni!!Aku nak dapatkan sijil tu juga.Yeah!!

0 komentar: