Wednesday, January 28, 2009

Empat hari balik kampung...


Tak puas pula rasanya!!!Huhu..Nasib baik hari ni tak sekolah.Kami semua budak-budak SMKSI cuti seminggu.Biasalah tu,ramai budak cina.Err..tak tahu nak cerita apa.Cuma banyak juga masalah sepupu-sepupu aku yang aku baru tahu.Awar dengan Kay dah masuk kelas Sains Fizik.Kiranya sekolah mereka tu tak berapa tinggilah PMRnya sebab sekolah aku,5A pun dah tak boleh masuk Sains Tulen.Agak pelik bagi aku.Hm..

Oh,lupa!Sebelum aku balik ke kampung,dua kereta jiran sebelah rumah aku dipecah orang.Sebenarnya malam tu aku ada terdengar bunyi kaca pecah semasa aku buat 'assignment' folio Fizik aku.Tapi,disebabkan aku terlampau takut dan cuak,aku terus tutup laptop dan masuk tidur.Manalah tahu kalau-kalau ada orang pecah masuk rumah aku ke?Hish..takut aku.Esoknya,barulah aku tahu perkara sebenar yang berlaku.Aduh,menyesal pula aku tak bagitahu ayah malam tu.Erm,nak buat macam mana kan?Benda dah berlalu.

Di kampung,aku selalu tengok sepupu-sepupu kecil aku bermain.Kadang-kadang rasa kelakar pun ada juga.Hihi..Teringat pula zaman kecil aku dulu-dulu.Serupa saja main lat-tali-lat tu.Hahaha!!Main nyorok-nyorok la,main mak-mak la..Huhuhu..Rindunya!!Tapi,mana boleh ulang.Sekarang aku dah nak habis sekolah dah pun,dah besar.Hm..Masa dulu masih tak tahu-menahu lagi tentang hidup.Tapi,sekarang boleh kata semuanya sudah pun aku tahu.Itulah lumrah namanya.

Ni yang paling seronok.Erm,Pok Ba awal-awal lagi dah cakap nak suruh aku buat manik atas baju pengantin di butiknya.Nampaknya aku duduk di rumah nanti tak adalah goyang kaki saja.Ada juga benda yang boleh dibuat.Alhamdulillah ya Allah kerana memberikan aku kelebihan dan kekurangan.Aku sedar hanya Engkau yang maha sempurna.Hm,cuti ni pun dah ada orang yang tempah manik.Aku dah bertekad lepas SPM saja,aku nak pergi kursus jahitan terutamanya baju pengantin.Aku takkan lepaskan peluang ni!!Aku nak dapatkan sijil tu juga.Yeah!!

Saturday, January 17, 2009

Tanda-tanda berbohong...

Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong.

Menyetuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap

Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Thursday, January 15, 2009

Mood agak teruk..

Letih,letih dan letih.Aku tak tahu kenapa hari ni aku tak cukup tenaga nak buat apa-apa.Semalam,ada latihan merentas desa.Keras betis aku sekarang.Rasa macam semua urat-urat tertarik kalau berjalan.Lagilah kalau naik tangga nak ke tingkat empat kelas aku.Huh..tak tahu nak kata apa.Lagi satu,aku pelik apasal aku makan gelojoh sangat macam orang tak makan nasi seminggu.Tapi,memang betul masa tu aku lapar sangat.Erkk?Tak pernah aku macam ni.Pelik pula!Ya Allah,letih sangat..Aku ingat lepas solat Zohor tadi,nak baring-baring je.Tak pasal-pasal tertidur pula.Yang sedihnya,aku tak dapat tengok cerita Jelita.Waaargh!!!Tengok sikit je pukul 3.20 petang.Suruh ibu cerita,ibu pula tak ingat.Tahu ibu aku cakap apa?"Ibu bagi 'shortcut' saja"geram juga aku.Huhu..Angah lagilah tak boleh harap nak disuruh cerita.Dia tengok separuh saja.Heh,apa-apa saja,ok?

Cerita panas di telinga aku!Angah ada tersalah hantar sms kepada budak yang aku suka dulu tu.Terkejut juga aku sebab dia balas.Dia tanya siapa.Aku cuak juga mula-mula masa adik aku cerita.Tapi,Angah cakap dia bagi nama belakang saja.Huh..Cuak betullah.Harap-harap budak tu tak perasan.Matilah aku kalau dia perasan.

Monday, January 5, 2009

Hari pertama menuju SPM..

Hm..penatnya!Lenguh-lenguh badn aku sekarang ni.Maklumlah,dah lama tak berjalan kaki.Huhu..Dahlah dengan beg yang berat pula lagi.Kesian pada badan aku yang kecil ni.Haha..Em..hari ini hari persekolahan dah pun mula.Err..gara-gara aku tak percaya hari ini hari persekolahan aku tak dapat lelapkan mata malam tadi.Huh..Tadi masa belajar Kimia aku hampir-hampir tidur dalam makmal.Hahaha!!!Teruknya..

Aku sangka hari ini tak belajar lagi fasal ramai yang tak bawa buku.Ah,biasalah tu awal tahun.Jadual pun tak dapat lagi kan??Tetapi,sangkaan aku tu meleset sebab cikgu dengan semangat yang berkobar-kobar terus saja mengajar kami walaupun kami tak bawa buku.Err..ingatkan ada peluang tak payah belajar lagi hari ini.Ngehhehe..Bukan itu saja,bahkan ada pula kerja rumah yang cikgu berikan.Hah!!Awal-awal lagi dah ada kerja sekolah.Erm..tak pe,tak pe..tahun ni kan SPM.Sabarlah,Wan Anis.Setahun saja lagi!Tadi,Pn Emilia kata "Please work harder.No more playing!".Erm..okaylah,aku boleh terima.Tapi,Pn.Azmiza lagi dahsyat,dia cakap macam ni.."Sape-sape yang tak nak belajar,saya halau saja ke luar!".Huh,dahsyat betul bunyinya.Takut pula aku.

Erm..aku boleh tuisyen ke??Ayah aku tak bagi tuisyen malam.Tapi,kalau nak tuisyen petang pun tak boleh juga.Dahlah penat baru balik dari sekolah.Lagi satu,kelas BAT aku pun tak tahu habis pukul berapa.Entah-entah 3.30 petang baru habis.Susah juga,ya?Huhu..Kalau Sabtu dan Ahad aku pula tak nak sebab hari tu aku nak cuti.Baik aku belajar sendiri.Kalau difikirkan balik,tak payah pergi pun boleh kan??Duit pun tak habis.Erm..nak ke tak nak?

Thursday, January 1, 2009

Tahun 2009..


Selamat tahun baru aku ucapkan kepada sesiapa saja yang sudi membaca blog tentang aku yang tak seberapa ni.Haha..

Tahun ini aku berazam untuk lulus semua matapelajaran tak kira ujian ataupun peperiksaan.Tak apalah tak 11A1 pun.Janji semua lulus.Tapi,aku bertekad SPM aku tak boleh kurang 6A.Okay..Nampaknya aku kena 'study' lebih kali ini memandangkan tahun ni tahun akhir aku bersekolah.Hm..Lebih-lebih lagi Matematik Tambahan,Fizik dan Kimia.MT dan Kimia tak apa sebab aku boleh mengadap buku tu.Tapi,Fizik tu kena ada semangat yang bergandalah untuk mencipta minat pada bukunya.Pening aku nak baca.Belum baca lagi dah rasa nak tidur.Huhu..Tak minatlah katakan.Hm..kalau boleh aku nak tahun ni adalah tahun yang paling semangat aku belajar.Papan jadual dah siap cuma tunggu masa nak disusun jadualnya saja lagi.Sebabnya,nanti aku dah masuk sekolah sudah tentulah ada hari yang aku balik lewat kerana ada kelas Bahasa Arab Tinggi.

Macam-macam..

Semalam keluarga mentua pak cikku datang.Adik ipar dia nak masuk universiti di Nilai.Adik ipar pak cik aku tu tak payah cerita tak apa.Aku tak kenal pun dia.Tapi,yang aku tahu dia memang comel tahap gilalah.Hm..tu saja aku tahu.Haha..

Selepas itu,ada seorang mak cik ni,nak baju anak dia cepat-cepat fasal kononnya anak dia nak balik asrama Sabtu ni.Erm..lambat lagi kalau diikutkan.Dia kata nak ambil baju tu hari ini pukul 10 pagi.Aku pun paksa diri aku tolong ibu sembat baju anak mak cik tu.Kasihan juga ibu aku.Sudahlah ada orang datang lagi.Kenalah layan tetamu.Kan Islam mewajibkan umatnya mengutamakan tetamu dulu kan?Huhu..Yang aku bengangnya,mak cik tu tak datang pun lagi sampailah sekarang pukul 4.19 petang.Hish,sudahlah cerewet.Nasib baik dia tu orang tua.Jadi,aku taklah sekejam sampai nak kurang ajar kan.Haha..teruk,teruk..Em..sakit hatilah juga.Urgh..