Saturday, December 6, 2008

Erk..?

Hari ni aku ke kenduri perkahwinan sepupu ayah aku.Di Seremban.Memang ramai jugalah saudara-mara sebelah ayah aku.Err..bukan ramai juga,memang ramai.Semuanya berloghat Besut ala-ala Kelantan.Pekat aku dengar.Hehe..bahasa mereka cakap memang pelik bagi aku kerana aku sendiri pun tak reti cakap macam tu.Hihi..loghat Terengganu pun tak pandai,lagikan loghat Kelantan.Hahha!!!

Sebenarnya aku nak cerita benda lain.Hm..tak tahulah kelakar ke apa.Aku tak tahu nak kata.Baca sajalah..

Tadi di majlis perkahwinan tu memang meriah fasal memang ramai sangat yang hadir.Sudah majlis macam tu memanglah ramai.Huhu..Tapi,aku rasa keluarga aku saja pun dah penuh satu rumah.Ngehehe..Semasa makan,seperti biasa ada orang yang berikan bunga telur kepada tetamu.Tapi,di rumah tadi tetamu dewasa diberi kek dan kanak-kanak diberi gula-gula.Kakak tu..errgh..aku tak tahu nak cakaplah.Sebelum tu aku nak tanya.Adakah muka aku nampak sangat macam kanak-kanak??Aku tak tahulah apa jawapannya.Yang aku hairannya,kakak yang bagi kek dengan gula-gula tu dia bagi aku gula-gula.Erk..aku rasa macam nak tercekik pun ada masa makan tadi.Oh,sabar sajalah!Tambahan lagi,adik-adik aku semuanya dapat kek.Adik lelaki aku kata "Kenapa Kak Long dapat gula-gula?" dan dia gelakkan aku.Ish,tampar baru tahu!Waaahhh!!!Aku pun balas balik "Sebab Kak Longkan sentiasa muda,hahaha...".

0 komentar: