Friday, November 7, 2008

Semalam..

Aina yang pendiam yang aku cakap hari tu datang rumahku semalam.Dia memang betul-betul pendiam.Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi sifat dia yang lain.Hm..Aku cuba sedaya upaya nak bagi dia bercakap banyak dan akhirnya,dia bercerita macam-macam denganku.Seronok betul dapat kenal dia.Rupanya dia pun jenis yang suka ketawa.Tapi,dia ketawa tak adalah macam aku.Hehhe..dia gelak sopan sajalah.Masih malu agaknya.Kami bercerita macam-macam semalam.Sudah banyak juga aku tahu tentang dia.Aku gembira sangat sebab dapat jadi kawan dia!Kenapa ya?Agaknya sebab dia baik sangat.Mungkin.Lagi satu mungkin sebab aku rasa macam dihargai sangat apabila buat baik padanya.Kekadang aku rasa serba salah juga.

Semasa dalam perjalanan ke rumah aku,Aina ada cakap abangnya kirim salam.Ya,aku balas salamnya walaupun aku tak pernah tengok pun rupanya.Err..abang Aina juga pesan pada aku suruh jadi anak yang solehah dan jangan tinggal solat.Insya'Allah..Tapi,bila difikirkan balik,untungnya kalau aku ada abang macam Aina kan?Baik sangat.Hm..nak buat macam mana dah ditakdirkan aku tak ada kakak dan abang.Walaupun macam tu,aku tetap nak jadi seorang kakak yang baik dan kalau boleh contoh untuk adik-adik aku.Heh..mengarut pula aku ni.Huhu..

0 komentar: