Tuesday, November 11, 2008

Esok kem..

Kenapa aku tak rasa apa-apa ya??Tahu kenapa aku tertanya-tanya begini?Sebabnya,aku tak pernah pergi kem sebelum ini.Kenapa aku tak dapat pergi tu aku dan kawan-kawan rapat aku sajalah yang tahu.Masalah kongkongan daripada keluarga mungkin jugalah kot.Kalau orang yang tak memahami,aku akan cakap saja yang ibu dan ayah sayang padaku.Hehe..dah tu,tak paham nk buat macam mana.Jadi,kerana itulah aku jadi terbiasa kalau kawan-kawan aku pergi kem aku tak rasa nak pergi pun.Aku sudah tahu jawapan muktamad daripada mulut orang tua aku.Hm..

Tapi,kali ini aku beranikan diri untuk meluahkan rasa hati aku.Aku nak sangat pergi kem kali ini.Akhirnya,aku beritahu kepada ibu hasrat tu.Ibu aku cakap,tak kisah.Tapi,kena tanya ayah.Aduh,ini yang aku lemah ni!Masalah aku hanyalah..bila ayah aku cakap tak payah pergi,aku terus akur saja.Sebab aku tahu pendirian ayah tetap.Takkan sesekali berubah.Takkan!Sudahlah aku ni jenis tak pandai nak memujuk.Huhu..Tapi,hari itu aku sudah tanya ayah.Aku agak terkejutlah dengan jawapannya.Jawapannya,boleh.Oh,aku rasa macam mimpi pun ada.Tapi,itu tahun lepas.Yang sedihnya tahun lepas kem tu tak jadi diadakan.Aku sedih jugalah.Inilah satu-satunya peluang aku.Huwaaa!!

Hari itu (tahun ini) Farhana ada tanya nak pergi tak kem tu.Aku nak jawab pun ragu-ragu.Takut tiba-tiba tulis nama tak dapat pergi pula.Lama jugalah aku fikirkan.Sudahnya aku beritahu Farhana tulis saja nama aku tapi kalau aku tak pergi,padam saja.Huh..Beberapa hari lepas,aku beri borang pada ayah.Aku tak minta pun nak pergi.Aku hanya suruh ayah tengok borang tu.Ayahku hanya mengangguk.Esoknya,aku pulang dari sekolah ibu bagi borang tu.Dan..aku masih rasa tak percaya lagi dengan apa yang aku lihat.Ayah tandatangan!Hehe..Gembiranya aku!!

Yang membuatkan aku tak rasa apa-apa ialah kenapa kawan-kawan aku tak macam nak pergi pun?Mereka semua tak bercakap langsung fasal kem tu.Oh.ya!Nama kem tu,Mukhaiyam Tarbawi KAA SMKSI 2008.Persatuan Bahasa Arab yang anjurkan.

0 komentar: