Friday, October 31, 2008

Bosan!!

Hish..Bosan betullah hari ni.Macam nak mati pun ada.Huh..Sumpah lain kali kalau tak belajar memang aku tak nak pergi sekolah.Hm..Sebenarnya,aku tak nak ke sekolah pun.Tapi yang amat mendukacitakannya,aku ada peperiksaan Bahasa Arab Tinggi (BAT).Huh..Duduk dalam kelas rasa macam tak ada orang langsung.Aku pun apa lagi,jadilah budak yang nakal pergi masuk ke kelas orang lain.Buat bodoh sajalah.Err..daripada aku jadi halimunan dalam kelas aku lagi baik aku jalan-jalan ke kelas orang.Lagipun kawan-kawan sekepala aku semua di kelas lain.Kawan-kawan borak aku di kelas sendiri semuanya tak hadir.Malas la jawabnya..Hm..

Peperiksaan BAT tadi memang agak susah daripada biasa.Memang aku perah otak habis-habisanlah tadi.Terseksa betullah!!Apa entah yang ditanya aku tak faham.'Lastly',hentam sajalah.Janji ada terisi jawapan dalam tu.Hehhe..

Em..Aku belum tunjukkan lagi gambar keluargaku semasa Aidilfitri kan??Dah habis raya baru nak letak.Hahaha!!

0 komentar: