Friday, October 10, 2008

7 Syawal...

Kawan-kawan aku lebih kurang 20 orang datang rumah.Kelam-kabut jugalah melayan sebab tak sedia apa-apa pun lagi.Hehe..Sudahlah kuih raya pun tak letak dalam balang lagi.Maklumlah,baru balik dari kampung.Manalah sempat nak berkemas.Nasib baik barang-barang lain dah disimpan.Huhhu..Inilah yang datang rumah aku hari tu..


Emm..alang-alang cerita bab raya ni baik aku kenalkan orang-orang yang banyak menceriakan hidupku di kampung.
Yang ini ialah A'ah.Tak payahlah nama penuh,ya.Sama umur denganku,16 tahun.Bersekolah di MGS,Kuantan(aku tak tahu nama sebenar sekolah tu).Dia seorang yang gila-gila,'happy go lucky,'happening',senang berkawan,kelakar,slamber,peramah,dan banyak juga yang seronok tentang dia.Satu lagi,dia memang suka sangat bergaya depan kamera.Hahha!!



Azreen.Atau lebih senang dipanggil Yen.Berumur 14 tahun.Bersekolah di SMK Seri Dungun (SMKSED).Memang baik sangat.Dia juga seorang yang amat sukakan budak-budak.Semua budak-budak kecil di rumah nenek sukakan dia.Memang tak ada can orang lain nak mendukung budak-budak dekat situ.Satu-satunya sepupu aku yang sering ber'sms' dengan aku sampai tak terlayan.

Ini pula Awar atau Munawwar.15 tahun.Bersekolah di SMASID (tak ingat nama sekolahnya).Seorang budak yang suka bergaya dengan barang berjenama.Hahha!!(Kalau dia baca pun bagus juga)Dia juga seorang yang slamber dan tak kisah apa orang nak cakap tentang dia.Agak tabah juga.Yang aku benci,dia selalu tak puas hati denganku.Paling aku suka tentang dia,dia memang kelakar tahap nombor dualah (sebab tak sekelakar Zizan-Raja lawak tu).Hahaha!!

Sepupu aku yang boleh tahan comelnya.Huhu..Kay,umurnya 15 tahun.Sama dengan Awar.Aku tak tahu pula sekolahnya di mana sebab dia seorang saja dalam yang aku kenalkan ni tinggal di Kuala Terengganu.Yang lain Dungun.Dia ni kadang-kadang diam,kekadang bising.Tak menentu jugalah.Ada kalanya dia kelakar.Hm..Yang 'special' tentang dia,dia ni pandai memasak.Tengok cara potong bawang pun dah tahu.Aktif dalam sukan juga.

Ini ialah si kecil yang paling kacak dan comel aku pernah tengok.Selalunya tengok yang comel saja.Hehe..Ni adik Cu Ja aku,namanya Ikmal.Badan kecil macam budak tahun satu.Dia memang banyak berjasa dalam menyerikan hidup orang-orang di rumah nenek sebelah ibu aku.Rapat sangat dengan adik lelaki aku sampai tak boleh berenggang langsung.Aku kasihan melihatnya kalau kami mahu balik.Hari tu pernah sekali dia menangis sebab kami balik.

0 komentar: