Monday, August 25, 2008

Pengetua masuk kelas..

Seronok juga ya belajar dengan pengetua.Hm..dia memang seorang yang penyayang.Tak dapat disangkal lagi.Tadi kelas aku,4 wibawa senyap sekejap semasa pengetua masuk.Ketua kelas terpinga-pinga apabila dia memanggil ketua kelas.Dia disuruh mencari Cikgu V(guru Sejarah) sampai dapat.Cikgu V tu aku tak tahu la pula namanya.Sudahnya orang panggil macam itu,aku pun ikut saja.Haha..teruk jugalah aku ni.Nama cikgu pun tak tahu.

Sebenarnya hari ini aku dapat banyak cerita daripada pengetua.Dia cakap,kalau nak berjaya kenalah belajar bersungguh-sungguh.SPM bukan main-main.Memang aku tahu itu.Cuma agak lucu apabila cikgu ceritakan tentang zamannya dulu.Ada seorang antara rakannya bercita-cita hendak kahwin dengan pemandu bas.Nak tahu kenapa?Sebab dia cakap boleh naik bas percuma.Kata pengatua,orang dulu-dulu menganggap bas adalah satu pengangkutan yang agak mahal.Boleh kata macam naik LRT sekarang agaknya.

Kata pengetua lagi,jadi suri rumah sepenuh masa juga perlukan ilmu.Walaupun tak belajar tinggi-tinggi,kalau anak-anak tanya itu ini sekurang-kurangnya bolehlah jawab.Hehe..Anjakan paradigma.Aku memang pernah mendengar perkataan ini tapi tidak tahu apa maksudnya.Hari ini aku sudah tahu apa itu anjakan paradigma iaitu perubahan persepsi.Ya!Aku kena ada ini.Aku memang sudah ada cita-cita tapi macam tak berubah saja.Hm..nanti aku fikirkan.

0 komentar: