Sunday, August 31, 2008

Letih..penat..semua ada..

Semalam saudara-saudara aku datang ke rumah.Hm..Hari ini kami pergi ke kenduri perkahwinan sepupu ayahku,Abang Imran.Kacak la dia hari ini.Huhu..Isterinya pun boleh tahan.Untunglah isteri dia dapat orang yang baik macam dia.Majlis perkahwinan tadi besar-besaran.Biasalah,isterinya cucu kepada orang-orang besar.Hehe..

Sebenarnya apa yang letih itu adalah pergi membeli-belah di One Utama.Aku sudah tahu mesti tak kurang tiga jam punyalah.Haha..Aku pun agak bengang jugalah tak beli apa-apa.Apa boleh buat,dah pokai.Kalau ada duit,macam-macam aku kebas agaknya.Haha..Em..Lain kali sajalah kan?Sabar..Sabar..Raya sudah dekat.Janji dapat cuci mata.

Bercakap fasal raya ni,aku dah tak sabar-sabar nak menyambut ketibaan Ramadhan.Eeii..tak sabarlah rasanya.Dapat pergi solat terawih.

Wednesday, August 27, 2008

Ada satu cerita..

Tadi ayah aku ada ceritakan..

Di dalam sebuah hutan belantara,ada sebuah perkampungan orang asli.Hahha!!Tahu tak??Sebenarnya,orang-orang yang tinggal di perkampungan itu belum pernah melihat cermin sebelum ini.Ada sepasang suami isteri yang tinggal di situ.Si suami kerjanya hanya mencari kayu api setiap hari.

Suatu hari,si suami terjumpa satu cermin semasa dia sedang mencari kayu api.Di rumahnya tiada barang seperti itu lalu dia pun membawa cermin itu pulang ke rumahnya.Sejak dari hari itu,dia selalu terperap di dalam biliknya.Si isteri berasa pelik dengan tingkah laku suaminya sejak kebelakangan ini.

Pada waktu si suami keluar untuk mencari kayu api,si isteri pun terus masuk ke dalam bilik dan mencari apa yang membuatkan suaminya tidak keluar dari bilik.Tiba-tiba,dia terlihat benda yang sederhana besarnya.Dia melihat-lihat benda itu dan berasa amat terkejut lalu menangis.Dia ternampak seorang perempuan lain di dalam bilik itu.Cantik pula tu.Rupanya suaminya ada perempuan lain selain dirinya.Selepas itu,dia terus balik ke rumah emaknya dan menceritakan sebab-sebab dia menangis.

Kemudian si isteri balik semula ke rumah untuk mengambil cermin tadi dan berpatah balik ke rumah emaknya.Emaknya pun melihat ke dalam cermin itu dan tergelak.Si isteri berasa pelik.Tiba-tiba emaknya pun berkata "Dungunya laki kau pilih orang yang hodoh.Sudahlah hodoh,tua pula tu".

Tuesday, August 26, 2008

di MAHA 2008..

Hari kedua aku pergi..Jumaat (22 Ogos 2008)


Aku letak gambar sajalah.Malas pula nak bagi keterangan.Huhu..Lagipun tak ada masa sangat sekarang.Ni pun aku buka blog tak sampai 15 minit pun.Mengantuk.



Kambing yang besar sangat!Aku tak tahu apa namanya.

Comel kan??

Sakit jugalah burung tu cengkam lengan aku.

Ni dekat rumah negeri.

Ni cowboy.Masa ni dah malam.Yang tengah tu adik akulah.

Monday, August 25, 2008

Pengetua masuk kelas..

Seronok juga ya belajar dengan pengetua.Hm..dia memang seorang yang penyayang.Tak dapat disangkal lagi.Tadi kelas aku,4 wibawa senyap sekejap semasa pengetua masuk.Ketua kelas terpinga-pinga apabila dia memanggil ketua kelas.Dia disuruh mencari Cikgu V(guru Sejarah) sampai dapat.Cikgu V tu aku tak tahu la pula namanya.Sudahnya orang panggil macam itu,aku pun ikut saja.Haha..teruk jugalah aku ni.Nama cikgu pun tak tahu.

Sebenarnya hari ini aku dapat banyak cerita daripada pengetua.Dia cakap,kalau nak berjaya kenalah belajar bersungguh-sungguh.SPM bukan main-main.Memang aku tahu itu.Cuma agak lucu apabila cikgu ceritakan tentang zamannya dulu.Ada seorang antara rakannya bercita-cita hendak kahwin dengan pemandu bas.Nak tahu kenapa?Sebab dia cakap boleh naik bas percuma.Kata pengatua,orang dulu-dulu menganggap bas adalah satu pengangkutan yang agak mahal.Boleh kata macam naik LRT sekarang agaknya.

Kata pengetua lagi,jadi suri rumah sepenuh masa juga perlukan ilmu.Walaupun tak belajar tinggi-tinggi,kalau anak-anak tanya itu ini sekurang-kurangnya bolehlah jawab.Hehe..Anjakan paradigma.Aku memang pernah mendengar perkataan ini tapi tidak tahu apa maksudnya.Hari ini aku sudah tahu apa itu anjakan paradigma iaitu perubahan persepsi.Ya!Aku kena ada ini.Aku memang sudah ada cita-cita tapi macam tak berubah saja.Hm..nanti aku fikirkan.

Saturday, August 23, 2008

di MAHA 2008..

Hari pertama.. Selasa (19 Ogos 2008)




Inilah bas yang kami naik untuk ke kawasan-kawasan yang lain di sana.Bas yang ada semua comel-comel.Berwarna-warni macam kanak-kanak.Macam bas tadika pun ada.






Banyak terdapat bonsai di sini.Harga kesemua bonsai yang ada dijual
dengan harga RM25,000 ke bawah.Yang sebelah ni aku tak pasti berapa
harganya.






Yang ini ikan kerapu harimau.Agak menakutkan jugalah rupa ikan ni.Huhu..Itu memang belon aku.Ada mak cik tu bagi.Dia ingat aku budak tahun satu agaknya nak bagi-bagi belon.Tapi,orang dah bagi ambil sajalah.




Inilah kuda yang paling besar dan gagah aku pernah tengok. Ayah aku cakap tinggi kuda ni lebih kurang 7 kaki.








Kami ada singgah di kandang arnab.Memang semuanya comel dan jinak.Kalau masuk kena bayar RM3. Seronok bermain dengan arnab-arnab ni.






RODEO.Satu persembahan yang hebat daripada 'cowboys' bersama lembu dan kuda. Sebenarnya aku agak berminat dengan yang pakai baju putih tu.Hahaha..Dia comel.


Ini adalah hasil-hasil kraftangan orang-orang di Malaysia.Yang sebelah kiri tu budak-budak sekolah yang buat.Pertandingan antara sekolah-sekolah.Keputusan dibuat berdasarkan kreativiti masing-masing.Agaknya bertemakan flora dan fauna.















Ini pula getah yang sudah dikeringkan untuk diproses.Selama ini aku tak tahu-menahu langsung pun fasal getah.Cuma yang aku tahu getah dipanggil latex dalam bahasa sains.Gambar sebelah kiri tu ada dua jenis getah.Yang kuning tu,getah untuk buat kasut dan sarung tangan.Hitam pula untuk buat tayar kenderaan.Yang aku ingat,orang tu cakap yang hitam tu dah dicampur dengan bahan lain.Aku tidak ingat pula nama-namanya.



Ini penyu berkepala dua.Ada banyak lagi sebenarnya.Penyu kembar siam pun ada tapi,aku malas nak letak.




Ketiga-tiga gambar ni semua atau apa yang ada di kawasan yang ada air.Haha..Takkan tak tahu kot?Hm..yang paling kiri tu ialah dugong.Tengah tu ikan emas.Mestilah tahu kan?Dan yang terakhir,kapal.



Model-model tentang kerja-kerja para nelayan di Malaysia.Yang baju hijau itulah adik aku.Angah.




Bonsai ini masing-masing tidak kurang daripada RM5,000.Ramai yang datang untuk melihat keunikan pokoknya.




Wednesday, August 20, 2008

Cuti-cuti ni...

Bosannye duduk di rumah.Tak ada tempat yang nak dituju ke??Ah..Nasib baik aku ada kerja lain yang nak dibuat.Nak baca buku??Huh,jangan harap.Cuti-cuti ni masa untuk aku berehat saja.Buku-buku tak boleh kacaulah.Haha..

Sebenarnya aku tengah belajar menjahit sekarang.Aku dah boleh buat sepasang baju kurung.Lengkap.Dari leher sampai kain.Yang itu aku yang punyalah.Yang lain ibu tak bagi buat lengkap lagi sebab masih merangkak-rangkak lagi.Kalau buat semuanya aku tak tahu macam mana rupa baju orang nanti.Hehe..em,aku baru boleh buat kain dengan pesak saja.Tak apalah,tahun depan aku harap aku dapat tolong ibu buat lengkap-selengkapnya.

Semalam aku pergi ke MAHA.Hm..memang seronok jugalah dekat sana.Banyak yang aku dapat.Tapi,tak tahu nak ceritakan macam mana.Nanti-nanti ingat nak letak gambar dekat sana.Tengoklah..

Tuesday, August 19, 2008

Blog birthday 18 August 2008

Blog baru aku.Entah macam mana dapat namanye,MY WANANIS.Hahha..Aku pun tak faham apa yang tersirat dalam tajuk tu.Hm..ok,ok..Aku nak cepat ni.Nak pergi ke MAHA.Nanti lambat-lambat kena marah pula..